hah! cukup kontroversi tak title post ni?haha bunyi macam ada masalah dalam projek kerajaan ni. Humpff. Kita harus siasat perkara ini sehingga ke akar umbi dengan segera! tu diaaa! dah keluar dah mood pilihan raya diaaa tuu.hahaha:D
okay okay. jom pulang ke pangkal jalan! apa yang saya nak share-kan dekat sini adelah kisah hari raya saya atau kalau mahu lebih puitis, ceritera aidilfitri saya (ewahhh, gitu kann) dan kaitannyaaa dengan empangan hidroelektrik.
Bila tiba hari raya, apakah perkara yang selalu anda fikirkan? Baju raya vogue ala-ala Datin Lijah Rumah Oren? Rendang Kak Besah MyResepi.com? (eh eh, mcm kenal!) atau Deselar (Baca: DSLR) baru hasil kutipan ufti cukai duit raya dan yang sewaktu dengannya dari rumah ke rumah? ahah! inilahh norma-norma kehidupan! yang mana, harus saya akui, memang antara perkara yang selalu berlegar-legar dalam kepala ini bila hari raya memunculkan
ya, dulu.
"eleh, cakap macam dah ade anak 13 orang. macam lahh lama sangat," kata Kate Middleton yang sedang membaca post ni. ahah!
Kenapa dulu? kenapa tak sekarang? kenapa tak esok? woi woi woi. suke hati aku ahh nak type ape! hahaha:D tak tak. pointnye di sini. ade beza perkataan dulu dan sekarang. Dulu, saya berhari raya di Malaysia bersama keluarga ter-chenta:) *pipi mula merah sambil tutup-tutup muka bajet malu* DERR!
Sekarang? Saya berhari raya jauh di sebelah kanan belah bawah dalam peta dunia, di kedudukan longitud errr 102.5 fm dan latitud 89.0 degree. Yup, di Dunedin, New Zealand. Bumi kiwi orang kate. baik burung kiwi, buah kiwi, mahupun, orang kiwi. ahah!
Sememangnya, ada perbezaan berhari raya jauh di negeri orang, tanpa ahli keluarga. Dan, di sini juga satu perkara yang selalu saya fikirkan, mengatasi, ketupat palas dan kuih sarang semut adalah sama ada saya cukup kuat untuk menghadapi hari kemenangan ini. peluh besar.
Oleh kerana saya tahu bahawa disunatkan untuk kita bergembira pada hari raya, saya jadi takut. Takut, empangan (here's come the empangan part) yang dibina dari batu-bata gred A yang diimport dari Jerman sejak bulan februari lagi akan runtuh terburai (eeuuww) dihanyut air deras. wahai!
well, basically, Im sure you get what I mean. It's not that easy to remain and act cool, tough, and chillax masa berhari raya thru skype dgn family. NOPE. It's not that easy, man! jadi, nak dijadikan ceritanya, masa hari raya pertama, saya berpeluang ber-skype dgn depa di Malaysia. Agak lama saya kira. Dimulakan dengan ayah saya yang mana dia telah mengalunkan takbir hari raya di hadapan saya sambil menangis. Saya yang pada waktu itu masih cuba menjaga ke-macho-an hanya mampu sengih-sengih kambing sahaja di hadapan laptop. Saya cuba untuk menahan air mata. Haru! Later, ayah saya tukar mood. Dia mula berlakon Deejay radio.
"Ya, buat anda di perantauan, ada apa-apa ucapan yang ingin anda tujukan buat ahli keluarga di Malaysia?"
"Uh oh. Hmm. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh ahli keluarga saya dia Seremban. Kepada baba, mama, along, angah....... ka...kak...adik..."
and, the rest is history. maaf ke mana, zahir ke mana, batin ke mana. empangan pun dah selamat sejahtera. hahaha. haish. Tapi, alhamdulillah after tu, cepat saya recover balik. well well well. I'm stronger than I thought! *sambil background lagu 'I will Survive'* ecewahh.
hahaha. and, after that, everything went well and awesome. Went to a few houses. Raya sini, situ, sinun. Raya everywhere! until raya ketiga tu, I decided to call my atuk n nenek.
Yada yada yada (nak cepat punye pasal pasai sat g ada kelas biochem) saya pun cakaplah dengan atuk. Mula- mula cam..
"Atuk!!! Selamat Hari Raya!! Maaf Zahir & Batin!" (sila baca dengan mood eksaited!)
"Ekin, Selamat Hari Raaaa....... " ( ya dah tak dengaq dah akibat empangan atuk saya pun dah pecah tatkala ini)
......
speechless.
Allahuakbar! Atuk saya nangis! sesungguhnya, waktu tu saya rasa sangat sebak. Lembutnya hati atuk saya. Tak sangka dia pun rindukan saya macam saya rindukan semua orang di Malaysia.
wuwuwu. haru. lama-lama, lepas dah pegi 'beraya' dalam lecture hall and tutorial, rasa sedih tu pun hilang.Alhamdulillah, Allah bagi saya kekuatan 'extra' untuk hadapi semua ni. Lepas ni, mungkin akan lebih sibuk. esok, InshaAllah, kami ada sambutan Merdeka Raya Otago, one of the biggest event of the year I guess.
![]() |
| This poster was made by bihah and anonymous! |
Last but not least and better late than never,
Happy Eid Mubarak!
p/s: my friends and I did a lot of things during last Ramadhan. Thinking of sharing it here. Later, perhaps?
Till then, assalamualaikum!
