Thursday, 12 September 2013

Air dan Minyak.

Dirasakan dalam diri ini wujudnya dua watak.
Dr. Jekyll dan Mr. Hyde.
Terpulang kepada yang empunya untuk melakonkan watak yang mana.
Hanya satu watak yang boleh dilakonkan pada satu masa.

Namun, jangan kita lupa. Kita juga punya pilihan untuk minum atau tidak 'potion' yang dicipta.


Hakikatnya, tarikan keimanan dan tarikan syaitan itu ibarat dua kutub berbeza. Seumpama kutub utara dan kutub selatan. Seumpama dua kutub magnet yang bertentangan kuasa; tarikan mahupun tolakan. Yang pasti, ada garis pemisah antara yang dua itu.

Secara mudahnya, tiada istilah 'tengah-tengah' di antara 2 tarikan kuasa itu. Semuanya bergantung kepada kita untuk memilih yang mana, InshaAllah~


Friday, 31 May 2013

Fatamorgana.

Ilusikah aku?

Semakin cuba ku hampiri,
Semakin ia kabur.

Semakin cuba ke dekati,
Semakin ia kendur.

Mengapa begitu nasib tali ini?

Salah siapa?

Ahh. Sungguh aku buntu.
Jawapan tidak pernah ku temu.
Akhirnya, tersandar aku di penjuru.
Memikirkan relung waktu.
Yang tiada penentu.

Mungkin, belum kukuh iman di hati,
buat peneguh dinihari.




Maafkan aku. Benar, mungkin salah diriku.
Apakan daya, keringat ini sedikit cuma.



#grafturun.

Thursday, 7 February 2013

Manusia Super Saiya!

assalamualaikum wbt:)

tadi, terdetik di hati saya, betapa saya sangat teringin nak jadi manusia super saiya. (credit: kepada encik gabbana sebab memperkenalkan perkataan se-awesome ini)

yes. super saiya.

nope. bukan superman, batman mahupun kluang man. jangan salah anggap.



super saiya di sini adalah seorang manusia yang saya definisikan sebagai meyakini Allah SWT dan hanya kepadaNya tempat bergantung harap dan menyerah diri. Hasil daripada prinsip teguh seperti inilah, manusia yang hebat dari segi peribadi mahupun ibadahnya dapat dilahirkan. Benar. Mungkin berbunyi agak 'cliche' dan seperti karangan Bahasa Melayu SPM. Tapi, inilah hakikatnya.

Saya mahu menjadi seperti itu.

Saya rindu untuk menjadi seperti itu.

yang mana,
apabila seribu dugaan datang melanda, dia hanya akan berkata "Cukuplah Allah bagiku"

apabila kejayaan serta berita gembira menjadi miliknya, dia hanya akan berkata "Cukuplah Allah bagiku"

apabila dia dicampak di pulau tak berpenghuni yang paling jauh di pelusuk dunia, dia hanya akan berkata "Cukuplah Allah bagiku"

Maksudnya di sini, betapa dia benar-benar yakin dengan segala takdir, ketentuan dan pertolongan yang bakal diperolehinya kelak. Kerana, bukankah Allah telah befirman di dalam Al-Quran, setiap kesusahan itu ada kemudahan.  Jadi, tugas kita sebagai khalifah adalah terus bergantung padaNya dan pada masa yang sama, memperhebatkan diri serta ibadah khas semata-mata untuk Allah. Secara automatik, kejayaan dunia pasti akan menjadi milik kita, in shaa Allah:)

 akhir kata, pemilik jari yang menaip ini perlu lebih dulu mengamalkan apa yang diperkatakan. Mudah-mudahan bermanfaat dan akan dipermudahkan urusan ini di jalanNya. In shaa Allah:)

Wednesday, 6 February 2013

Misi mencari Tom Yam Terbaikkk di Seremban!

assalamualaikum!

ya. post yang agak mengejut. cuma ditujukan untuk diri sendiri supaya menyambung semula misi yang mungkin akan tertangguh untuk beberapa bulan lamanya. in shaa Allah:)

antara ciri-ciri yang dikehendaki bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Badan Berkanun Tom Yam Sedunia (eheh?) adalah :-

1. Tom yang tersebut hendaklah pekat dan tidak terlalu jernih.
2. Mempunyai segala jenis tok nenek bahan yang boleh diterima akal dan mampu menyedapkan lagi tom yam tersebut. Penting juga untuk tukang masak memastikan kesegaran bahan-bahan yang dimasukkan.
3.Datang dalam pakej. Maksudnya di sini, nasi yang datang bersama tom yam itu hendaklah jenis yang boleh meresap kuah tom yam tersebut dengan sebaik-baiknya. Bukan hanya bertakung semata-mata.

Itu sahaja.


Je?

iyo! yang 'je' tu lahh yang susah nak carik. haiyakk. kadang2 tom yam dah ok. tapi, part no. 3, terus disqualified! muahahahah :D *gelak evil*


Kepada tukang-tukang masak di luar sana yang bakal terjumpa post ni. saya harap anda dapat memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

kalau boleh nak yang macam ni.





haaaa. mampu? udang bapak besar gila gaban tahap dewa dah ni.

*menangis*