"Kerna dakwah kita senjatanya adalah kasih sayang, maka perlu kita merasa segala apa yang kita buat ini, pasti akan ada ganjarannya di sisi Ilahi. Kerna murobbi itu, sifatnya tak akan dikenali orang ramai. Cukup sekadar menjadi bualan penduduk langit sana.
Ikhlasnya mereka. Membuatkan lebih ramai jiwa jiwa bisa dihidupkan kembali menggalas amanah khalifah dan abid di muka bumi ini."
...
"Bagaimana untuk dibina sebuah bangunan yang kukuh,
Sedangkan ada mereka yang sedang merobohkannya.
-syair arab-
"Maka, jangan terlalu pentingkan diri sendiri. Jalan ini, adalah sebuah jalan yang suci yang di dalamnya kita korbankan jiwa dan harta kita untuk membawa seramai mungkin masuk ke dalam syurga.
Tika mana jerihnya para nabi, sahabat, tabiin dulu kala mempertahankan agama hanya untuk beri kita merasai nikmatnya, maka jangan pula kita hentikan sebarannya
Jalan ini memang payah.
Tapi kerna tempat rehat kita adalah jannah.
Maka, thabatkanlah kami ya Allah!"
-Quoted from QuranicGen
Allah. Kurniakan aku kekuatan sebanyak itu. Kerna diri ini sering lupa. Bahawa sesungguhnya takkan sama yang statik dengan dinamik. Takkan sama yang duduk dengan yang bekerja.
Kurniakan hambaMu ini fikiran yang berhikmah ya Allah ;(
amiin.