Assalamualaikum.
Alhamdulillah ala kulli hal. Setinggi-tinggi syukur yang tak terungkap dek lidah. Maha Suci Allah yang telah memilih diri ini untuk menikmati Ramadhan sekali lagi di bumi aotearoa. Ya. Bumi New Zealand. Tanah yang menyaksikan aku mengenali sang Murabbiku. Segala puji bagi Allah, tuhan pemilik sekalian alam.
Setelah sekian lapuk lamanya, aku kembali di ruangan ini. hehe.
Kebelakangan ni, selalu memikirkan tentang satu hal. Pengikirafan. Atau dalam bahasa omputih nya, acknowledgement.
Kenapa?
entahlah. mungkin kerana selalu disogokkan dengan cerita-cerita yang berkisar tentang diri sendiri, orang lain dan kaitan antara keduanya. Dan, boleh jadi juga kerana banyak pilihan yang memerlukan keputusan. Bagaimana, dalam membuat sesuatu perkara, banyak faktor-faktor lain yang perlu diambil kira. Dalam banyak-banyak pilihan itu, terselit beberapa pilihan untuk memuaskan faktor pengiktirafan manusia. Kadang-kadang, itu jugalah antara faktor utama yang menyebabkan sesuatu keputusan diambil. Nauzubillah min zalik.
Namun, aku lupa pada hakikat yang satu. Hakikat yang mana pengiktirafan Allah SWT yang sepatutnya dijadikan keutamaan dan bukan pengiktirafan manusia.
Sebab, di akhirnya, aku penat. Penat dalam mencari pengiktirafan manusia. Berperang dengan daya ketahanan mental dan fizikalku sendiri. Mencari-cari sebuah jawapan yang tiada benar atau salah. Merasakan, banyak tenaga dicurahkan untuk mendapatkan sebuah pengiktirafan manusia yang tidak kekal lama.
Sesungguhnya, setiap perkara yang dilakukan mestilah menjadikan Allah SWT sebagai ghayah (tujuan) dan bukan faktor-faktor lain. Kerana, yang mengetahui akan segala sesuatu adalah antara kita dan Dia. Siapa kita untuk mengadili? Asalkan Sang Murabbi tahu letak duduk sesuatu perkara yang diredhainya, beruntung dan bergembiralah kita, in shaa Allah. Sebab, ganjaran pahala dan syurga itulah sebaik-baik pengiktirafan, in shaa Allah.
Sekian.
(dah penat)
Adios.(assalamualaikum)