Wednesday, 6 August 2014

Solusi :)

Alhamdulillah. Esok akan bercuti sehari. Peluang yang sangat jarang diperoleh. Tambah-tambah dengan workload yang menuntut perhatian. Jadi, di kelapangan ni terpanggil untuk menaip di sini.

Baru-baru ini, berkesempatan untuk membaca buku 'Sayonara Jahiliyyah' hasil tulisan Dr. Aisyah Zainordin atau lebih dikenali dengan nama Muharikah. Me reading a book is something rare. Seriously. I only read books when I have to (ie: exams). Otherwise, I'd rather read novel or do other stuff. Tambah2 baca buku fikrah. I think I deserve a pat on my back. LOL. *nampak sgt teruknye malas nak baca buku*

Anyway and anyhow, I managed to finish the book. and, Alhamdulillah I think I found the answer to my questions.

You see. I should consider myself as a straight person. Not as in gay type of thing (duh). I always typified everything. This is right. That is wrong. Sume bnde atau perkara kene ikut satu template yg sama. Senang cerita, I want everyone in my surrounding do things like the way I want. Cara lain mungkin tak akan mendapat approval yang sama.

Dan, bila datang soal ibadah perkara ni jadi lebih complicated. seriously. question like whats the best ibadah I should do. where. why..you know that kind of thing. coz, I always plan things. so yeah.. Ramadhan yang lepas kinda make me think of this type of question.

then, I came across this ayat:

Al-Fudhail bin Iyadh ketika menerangkan firman Allah S.W.T (yang bermaksud): "...Untuk menguji kamu, siapakah di antara kam yang lebih baik amalannya," (Surah al-Mulk:2) berkata: "Yang paling ikhlas dan yang paling betul amalannya." Dia terus menerangkan, "Amalan sekiranya dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak betul, ia tidak diterima. (Begitu juga) sekiranya ia betul tetapi tidak dilakukan dengan ikhlas, ia juga tidak diterima, sehinggalah amalan itu dilakukan dengan ikhlas dan betul. Maksud amalan yang dilakukan dengan ikhlas ialah yang dilakukan kerana Allah dan amalan yang betul ialah yang dilakukan mengikut sunnah,"

"Oleh itu sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya," 
(Surah al-Kahfi: 110) 

SubhanAllah. Sebaik-baik penerangan. Sebaik-baik pencerahan. Kebanyakan dari kita, in shaa Allah betul amalannya. Sejak kecil kita belajar ilmu feqah. Rukun solat. Rukun puasa. Apatah lagi ibadat-ibadat sunat. Namun, kita seringkali terlupa, untuk mempersembahkan ibadah yang terbaik harus didatangi dengan rasa ikhlas tu sendiri.

Ikhlas untuk beribadah hanya kepadaNya.

Disebabkan ikhlas itu antara kita dengan sang pencipta, tak wajarlah untuk kita buat sesuatu kerana ikut-ikutan. Kerana semua orang buat, maka kita pun buat. Kerana, akhirnya kita hanya akan mendapat penat. Sebab, manusia memang tak kan mampu menilai keikhlasan manusia yang lain. Hanya Allah yang tahu dan hanya Dia sebaik-baik penilai.

hmm..rasa ayat cam bunga2 sangat pun ade. hehe.

Nak katanya, tak perlu risau atau khuwatir dengan segala ibadah yang kita lakukan. sama ada sedikit mahupun banyak. sama ada cara yang begini atau cara begitu. As long as kita tahu apa yang kita lakukan berlandaskan Al-Quran dan sunnah dan disertakan dengan keikhlasan, bergembiralah! Sebab, In shaa Allah, itu lahh sebaik2 ibadah.

Wallahu'alam.

Salam.