Assalamualaikum semua.
Tak sangka kan. Kita melalui masa. Setiap detik tanpa gagal tapi masa tu masih tetap berlalu pergi. Dan kita tiada sedikit pun kuasa untuk menahan masa daripada berlalu pergi.
Alhamdulillah. 4 tahun dah berlalu. Aku berjaya menamatkan pelajaran dalam program Bachelor of Pharmacy dari University of Otago, New Zealand. Dah selamat makan Nasi Lemak, Laksa, Laksam, Yong Tau Foo, you named it. I can say it all night long.
Sejak balik Malaysia pulak, 6 bulan dah berlalu. Dan aku masih lagi belum menjadi seorang pharmacist yang sah di Malaysia. Ironi tak ironi. Setiap yang berlaku tu ada hikmah yang Allah nak ajar.
Sejujurnya, aku sangat bersyukur. Proses tanam anggur ni mungkin sahaja buruk dan teruk di mata orang. Tapi, aku yang melaluinya sendiri. Perasaan ni takkan sama walaupun aku ucap dengan kata-kata.
Lepas balik Malaysia, semangat berkobar2 lah konon nak cari kerja yang berkaitan dengan Pharmacy. Maka, resume dihantar. Borang diisi. Namun, tak semuanya indah seperti yang kita bayangkan. Tak semua benda yang kita nak boleh dapat dengan mudah. Allah takdirkan takde permohonan aku yang berjaya untuk bekerja di farmasi. Maka, tanam anggur lah aku hampir kira-kira 2 bulan di rumah. Lepas rasa macam dah kojo menghabihkan boreh kat rumah, aku pun decide untuk cari kerja regardless apa pun ia. Jadi, aku diterima bekerja sebagai pembantu guru di Pasti Al-Ikhwan.
Alhamdulillah Ya Allah untuk takdirmu ini buatku.
Dekat sini aku belajar erti survival. RM 600 untuk kau hidup selama sebulan. Cukup? Alhamdulillah, aku masih duduk dengan parents. Pergi kerja jalan kaki. Accom, makan masih mak ayah tanggung. Cuba kalau aku bukan sapa2 yang hanya bergantung pada RM 600? Mesti mencabar. fuh!
Dan, percaya atau tidak. Sangat banyak yang aku belajar daripada budak2 ni. Setiap kata-kata diorang tu kadang2 buat aku muhasabah dan refleksi diri. Sebab, apa yang mereka cakap ni datang dari hati yang bersih dan suci.
Contoh 1:
Ada 2 orang budak lelaki, Azeem dan Izz taknak tidur petang. Sebab? Azeem jumpa seekor kumbang kecik dekat luar. Jadi, dia nak simpan kumbang tu dan main2 dengan ia. Izz yang nampak kumbang tu terus rasa berminat.
Izz: Azeem, bagi Izz main dengan kumbang tu boleh tak?
Azeem: Okay. Aku bagi kau main dengan kumbang ni. Tapi, kau kena janji akan kawan dengan aku sampai bila-bila. Nanti dah besar, kau kena datang rumah aku!
Dengan seekor kumbang, persahabatan jadi makin kukuh. Terpatri sebuah ikatan janji untuk menjadi sahabat selamanya.
Contoh 2:
Biasalah budak lelaki bergaduh over superhero stuffs. Contohnya, gambar superhero yang terlekat dekat atas selipar si Faqihuddin, anak yang soleh. Disebabkan Azeem suka sangat dengan gambar tu agaknya, sampai tercabut gambar tu dari selipar. Maka, menangislah Faqih, meraung-raung.
Cikgu Syikin: Kenapa ni Faqih? Siapa buat Faqih?
Faqihuddin: Azeem! Dia cabut patung superman dari selipar kita.
Cikgu Syikin: Alaaa. Takpelah. Nanti cikgu cakap dengan ayah mintak beli selipar baru.
Faqihuddin: Tapi, ayah cakap nanti dia nak beli baju baru. Kalau dia nak beli selipar Faqih, nanti dia takde duit. (sambil menangis tersedu sedan)
Tersentuh cikgu dengar. Sucinya seorang budak buat cikgu refleksi diri sendiri kadang-kadang.
Above all, pengalaman berkhidmat di Pasti Al-Ikhwan memang terbaik! Thank you Allah for this opportunity. Semoga anak-anak ini membesar jadi hambaMu yang soleh dan solehah. Mudah2an, begitulah jua keadaan cikgunya yang seorang ni. Allahumma ameen.