Assalamualaikum semua.
Tak sangka kan. Kita melalui masa. Setiap detik tanpa gagal tapi masa tu masih tetap berlalu pergi. Dan kita tiada sedikit pun kuasa untuk menahan masa daripada berlalu pergi.
Alhamdulillah. 4 tahun dah berlalu. Aku berjaya menamatkan pelajaran dalam program Bachelor of Pharmacy dari University of Otago, New Zealand. Dah selamat makan Nasi Lemak, Laksa, Laksam, Yong Tau Foo, you named it. I can say it all night long.
Sejak balik Malaysia pulak, 6 bulan dah berlalu. Dan aku masih lagi belum menjadi seorang pharmacist yang sah di Malaysia. Ironi tak ironi. Setiap yang berlaku tu ada hikmah yang Allah nak ajar.
Sejujurnya, aku sangat bersyukur. Proses tanam anggur ni mungkin sahaja buruk dan teruk di mata orang. Tapi, aku yang melaluinya sendiri. Perasaan ni takkan sama walaupun aku ucap dengan kata-kata.
Lepas balik Malaysia, semangat berkobar2 lah konon nak cari kerja yang berkaitan dengan Pharmacy. Maka, resume dihantar. Borang diisi. Namun, tak semuanya indah seperti yang kita bayangkan. Tak semua benda yang kita nak boleh dapat dengan mudah. Allah takdirkan takde permohonan aku yang berjaya untuk bekerja di farmasi. Maka, tanam anggur lah aku hampir kira-kira 2 bulan di rumah. Lepas rasa macam dah kojo menghabihkan boreh kat rumah, aku pun decide untuk cari kerja regardless apa pun ia. Jadi, aku diterima bekerja sebagai pembantu guru di Pasti Al-Ikhwan.
Alhamdulillah Ya Allah untuk takdirmu ini buatku.
Dekat sini aku belajar erti survival. RM 600 untuk kau hidup selama sebulan. Cukup? Alhamdulillah, aku masih duduk dengan parents. Pergi kerja jalan kaki. Accom, makan masih mak ayah tanggung. Cuba kalau aku bukan sapa2 yang hanya bergantung pada RM 600? Mesti mencabar. fuh!
Dan, percaya atau tidak. Sangat banyak yang aku belajar daripada budak2 ni. Setiap kata-kata diorang tu kadang2 buat aku muhasabah dan refleksi diri. Sebab, apa yang mereka cakap ni datang dari hati yang bersih dan suci.
Contoh 1:
Ada 2 orang budak lelaki, Azeem dan Izz taknak tidur petang. Sebab? Azeem jumpa seekor kumbang kecik dekat luar. Jadi, dia nak simpan kumbang tu dan main2 dengan ia. Izz yang nampak kumbang tu terus rasa berminat.
Izz: Azeem, bagi Izz main dengan kumbang tu boleh tak?
Azeem: Okay. Aku bagi kau main dengan kumbang ni. Tapi, kau kena janji akan kawan dengan aku sampai bila-bila. Nanti dah besar, kau kena datang rumah aku!
Dengan seekor kumbang, persahabatan jadi makin kukuh. Terpatri sebuah ikatan janji untuk menjadi sahabat selamanya.
Contoh 2:
Biasalah budak lelaki bergaduh over superhero stuffs. Contohnya, gambar superhero yang terlekat dekat atas selipar si Faqihuddin, anak yang soleh. Disebabkan Azeem suka sangat dengan gambar tu agaknya, sampai tercabut gambar tu dari selipar. Maka, menangislah Faqih, meraung-raung.
Cikgu Syikin: Kenapa ni Faqih? Siapa buat Faqih?
Faqihuddin: Azeem! Dia cabut patung superman dari selipar kita.
Cikgu Syikin: Alaaa. Takpelah. Nanti cikgu cakap dengan ayah mintak beli selipar baru.
Faqihuddin: Tapi, ayah cakap nanti dia nak beli baju baru. Kalau dia nak beli selipar Faqih, nanti dia takde duit. (sambil menangis tersedu sedan)
Tersentuh cikgu dengar. Sucinya seorang budak buat cikgu refleksi diri sendiri kadang-kadang.
Above all, pengalaman berkhidmat di Pasti Al-Ikhwan memang terbaik! Thank you Allah for this opportunity. Semoga anak-anak ini membesar jadi hambaMu yang soleh dan solehah. Mudah2an, begitulah jua keadaan cikgunya yang seorang ni. Allahumma ameen.
It's my soapbox!
Sunday, 3 July 2016
Tuesday, 1 September 2015
2 sen
Assalamualaikum dunia.
Dah lama sangat dah tak tulis blog. Sekarang ni tak tahu kenapa i feel like writing. To express everything that I had in mind lah kut. Mintak maaf kalau perkara yang nak dibincangkan agak sensitif untuk sesetengah pihak. Hence, the title of my blogpost "2 sen". (cuz, you know how people like to put #justmy2cents kinda thing LOLS)
I've been thinking about this quite some time actually. Due to this, I realised that I read a lot than normal. I could say from various sources as well. Articles that people share on facebook, yeah, I read them a lot. If not all, most of them. Jadi, saya cuba untuk meletakkan perkara ini dari sudut pandang yang pelbagai dan berusaha untuk mudah-mudahan dengan izin Allah SWT, tidak meletakkan sebarang kepentingan peribadi.
Ceritanya begini. Umum menyaksikan bagaimana negara kita, Malaysia dilanda dengan pelbagai isu yang terus menerus. Kebanyakannya adalah episod duka yang harus saya akui sebagai seorang pelajar luar negara sangat menggusarkan kerana kami tidak berada di tempat kejadian dan mungkin mendapat maklumat yang terlalu ekstrim saya kira. Sebagai contoh, beberapa minggu yang lepas negara digemparkan dengan beberapa siri berita seperti penggantian kabinet baru menteri, kebakaran di Ibu pejabat polis PDRM dan tidak lupa juga dengan isu anak-anak muda sekarang yang semakin giat berjinak dengan gejala menghisap 'vape' seolah-olah mereka lah orang paling cool di dunia (btw, benda tu serius tak cool). Disebabkan rasa risau yang melampau, saya pun menyuarakan isi hati saya kepada kakak saya yang berada di Malaysia,
"Kak, kamu tak risau ke dengan ape yang jadi sekarang ni? Rasa risau laah dengan keadaan Malaysia sekarang,"
"Risau? Kenapa nak risau pulak? Okay je lah kin. Kitorang yang duduk sini tahu lah keadaannye macam mana. So far okay je. Alah takyah risau lah. Kabinet menteri ditukar ada sebabnya. Supaya semua orang ade satu dinamik yang sama, takde lah orang ni lain orang itu lain,"
Demikianlah perbincangannya. Mohon maaf mensuci hening dosa kalau perbualan di atas ada tokok tambahnya atau mungkin lain/exaggerate dari yang sebenar. Tapi, the gist is there.
Perbualan tersebut membuatkan saya berfikir;
- Adakah media di Malaysia yang membuatkan segalanya nampak biasa?
- Atau, saya yang terlalu banyak berfikir akibat daripada mendapat berita yang ekstrim dari internet semata-mata. Wallahu'alam. Moga Allah SWT ampunkan dosa-dosa saya.
Kemudian, timbul pula isu 'clean' beberapa hari yang lepas. Sebagai seorang da'ie, murabbi saya pernah menekankan peri pentingnya untuk mengkaji dahulu perihal sesuatu perkara. Hatta, bahan yang kami pelajari di dalam usrah sekalipun. Walau bagaimana 'detail' sekali pun hadis atau tafsir yang diajarkan kepada kami, murabbi saya akan menggalakkan kami untuk mencari sendiri bahan yang diberi. Baca dan fahami sendiri. Sikap ini sangat penting untuk mengelakkan kami daripada menjadi sepertimana peribahasa melayu dahulu pernah gambarkan "Ibarat lembu dicucuk hidung". Sikap terima sahaja tidak sepatutnya berada dalam diri kita. Bahkan lebih teruk lagi, jika kita hanya menerima sesuatu fakta kerana ianya selari dengan kehendak kita mahupun organisasi. Perkara ini tidak mudah. Tapi, kita mampu. Kerana, apa yang perlu dilakukan adalah, "Jujur dengan diri sendiri, tepuk dada tanya iman. Adakah kita berbohong dengan diri sendiri?". Tidak ada orang lain yang lebih layak menilai 'qalb' kita melainkan Allah SWT dan diri kita sendiri. Selagi ianya selari dengan kehendak Al-Quran dan sunnah, Alhamdulillah. Namun, jika sebaliknya, Astaghfirullah, bersihkan hati-hati kami dari dosa ya Allah.
Berbalik kepada isu 'clean' tadi. Sekali lagi, saya mohon maaf sekiranya perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak. Hakikatnya, saya menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Kerana ini lah caranya, saya mencari rasional diri dan pemikiran.
Hasil dari bacaan saya yang bersumberkan pelbagai agensi berita, portal, pertubuhan-pertubuhan Islam mahupun pandangan peribadi pelbagai ulamak dan tokoh, harus saya akui, bermacam-macam perasaan muncul dalam diri berikutan daripada demonstrasi 'clean' yang dijalankan beberapa hari yang lepas. Jujur saya katakan, saya jugak tidak pasti tentang keberkesanannya. Soalan-soalan seperti wajarkah ia? Adakah ia selari dengan Al-quran dan sunnah? Apakah agenda sebenar musuh-musuh Islam? Dan, adakah ianya benar-benar akan berlaku? Soalan-soalan ini sangat melemaskan. Tiada jawapan yang pasti kerana setiap pihak pastinya akan merasakan bahawa "Kami lah yang benar!". Disebabkan oleh perasaan ini, ia membawa saya untuk menyuarakan isi hati saya kepada seorang akhawat yang sudah pun kembali ke Malaysia. Kami berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Namun, hakikatnya, tiada jawapan kepada permasalahan ini. Sebaliknya, hanya Allah SWT yang Maha mengetahui.
Sebaliknya, hanya Allah SWT yang Maha mengetahui.

Bersandarkan kepada pegangan ini, saya jadi pelik dan runsing bagaimana sesetengah pihak boleh dengan mudahnya menghakimi serta melabel orang lain dengan bermacam2 tuduhan. Kita tidak suka disalah tafsir, maka mengapa menyalahtafsirkan orang lain? Nitizen (ie: keyboard warrior) dengan mudahnya mengatakan itu dan ini (letakkan sendiri label2 negatif yang anda boleh tolerate) terhadap orang lain seolah2 mereka mengenal orang yang dilabel sejak kecil, makan sepinggan dan tidur sebantal. Hatta dengan adik-beradik sekalipun, kita sukar menebak apa isi hati mereka. Maka, mengapa dengan mudahnya kita melabel orang yang 'lain' dengan kita. Benar, sekiranya sudah jelas, terang lagi bersuluh orang tersebut melakukan kebatilan, mengapa masih perlu berselindung. Betul, tiada yang salah. Hak tetap hak. Batil tetap batil. Tetapi, mengapa perlu sampai melabel? Bukankah lebih cantik kalau kita menegur mereka dengan sebaik2 cara dan bimbing mereka ke jalan yang benar? Dan, bukankah tugas2 menghukum itu hanyalah hak mutlak Allah SWT? Allah. ampunkan aku sekiranya tulisan ini terbawa-bawa dengan emosi.
'Clean' juga telah menimbulkan pelbagai teori sama ada positif mahupun negatif. Di sini, saya ingin menolak sekeras-kerasnya tindakan pihak demonstrasi yang memperjuangkan seksualiti merdeka dan mengibarkan bendera pelangi. Tidak sewajarnya, hak-hak mereka ini diperjuangkan. Kerana, jelas sekali ianya bertentangan dengan hukum Allah SWT.
Melihat dari satu sudut yang lain pula, 'clean' juga telah menyaksikan bagaimana orang-orang Islam dibantu dalam beberapa hal untuk memudahkan mereka menunaikan solat. Sesetengah pihak melihat ini sebagai sesuatu yang positif, tidak kurang juga yang melihat ia sebagai sesuatu yang negatif. Sekali lagi, saya ingin mengajak anda semua untuk kita teliti isu ini dengan seadilnya, dan dengan berpijak di bumi nyata. Hasil bacaan saya dari sebuah laman rasmi majalah Islam di malaysia, 'clean' ini mendapat dana dari kerajaan AS supaya mereka boleh bertapak di negara kita sedikit demi sedikit. Dari pandangan seorang rakyat marhaen, saya akui memang ada logik dan kebenarannya. Seterusnya, terbaca lagi saranan sesetengah pihak untuk rakyat Malaysia berpijak di bumi nyata dan membuka mata dengan agenda2 golongan bukan Islam bahawa mereka juga berperancangan dan berstrategi. Perkara ini juga saya akui memang wujud.
Satu hakikat yang harus kita fahami, Malaysia ini terdiri daripada pelbagai kaum. Bukan hak kita untuk menghalau mereka kembali kepada negara asal mereka. Jika benar ini yang terjadi, maka zalimlah kita. Persoalannya sekarang adakah dengan menentang kaum "ah chong" (you get what i mean) ini, dengan sekeras2 tindakan akan megembalikan keharmonian Malaysia atau lebih penting lagi kegemilangan Islam ke tanah air kita sendiri? Setiap da'ie mengimpikan Ustaziatul alam. Dan, ianya bermula dengan inidividu muslim, baitul muslim, seterusnya masyarakat dan kerajaan muslim. Sekiranya, kebencian kaum "ah chong" terhadap orang Islam di Malaysia telah wujud disebabkan oleh tindakan kita, maka bagaimana Kerajaan Muslim itu mampu tertegak? Bagaimana dengan cita-cita kita untuk mencapai Ustaziatul alam? Bagaimana kita hendak menyebarkan Islam sebagai rahmatan lil alamin (rahmat buat seluruh alam) jika dari awal lagi kita menekan serta menolak mereka? Bukankan dakwah itu seni? Dan, ianya disebarkan dengan kasih sayang?
Mereka-mereka ini tidak diberi kefaham lagi tentang islam yang sebenar. Malangnya, lebih seringkali, kita menuntut hak daripada orang yang tidak diberi kefahaman. Kita 'assume' mereka faham apakah itu Islam setelah berjiran hampir lebih dari 58 tahun, usia tanah air kita merdeka. Bagaimana sekiranya saya katakan masih ada di antara mereka yang tidak pernah melihat betapa tenangnya apabila seorang muslim itu mengerjakan solat? Bagaimana sekiranya saya katakan mereka hanya melihat sisi buruk sahaja tentang agama yang kita cintai ini? Bahawa ianya, menyusahkan dan hanya menjadikan kita berfikiran kolot?
Berdasarkan apa yang saya pelajari daripada Usul 20, susunan Imam Hassan Al-Banna tentang cara-cara memahami Islam yang sebenar, setiap hukum Allah SWT itu hukumnya wajib untuk ditegakkan. Jadi, di sini, saya tegaskan bahawa hukum hudud itu wajib untuk dilaksanakan di Malaysia. Walau bagaimanapun, sejauh mana hukum itu akan tertegak jikalau rakyat sendiri tidak nampak lagi indahnya Islam itu? Bahwa Islam itu agama yang melindungi? Disebabkan oleh kebencian kita kepada mereka, bagaimana mungkin mereka mampu untuk menerima bahkan mematuhi hukum Allah yang harus kita implemenkan?
Allah.
Ampunkan hambamu ini ya Allah. Sekiranya tulisan ini berbaur perasaan-perasaan negatif yang dipandu dengan nafsu amarah sendiri. Semoga Allah SWT pandu hati kita dengan sebaik-baik petunjuk serta hidayah agar jannah lah tempat tinggal kita di akhirat kelak.
Akhir kata, #justmy2cents.
xoxo,
Anonymous.

Friday, 10 April 2015
Priority
Assalamualaikum to the people of the world! ngehehe :P
Alhamdulillah, atas nikmat oksigen. atas nikmat laksa lunch tadi. atas nikmat biskut homebrand cicah ayaq neslo (gituhh~haha). Dan, Alhamdulillah thumma Alhamdulillah atas nikmat kesempatan utk ke Auckland baru2 ni.
Sebenarnya, I've been searching for something that I will hold on to and that it will keep me going. To say, it is something incredible that gonna make me stand strong till the end may not be the right way to put it. At least, I can say that "perasaan" yang dicari tu dapat dirasakan, Alhamdulillah.
Well, you see. I can say that I am overly-attached with my family. It is good BUT it should not overshadow your attachment to Allah SWT, The Almighty. Surah an-Nas, ayat 1-3.
"Katakanlah, aku berlindung kepada TUHAN-nya manusia. RAJA manusia. SEMBAHAN manusia" (114:1-3)
Well, reality hurts! Bila baca ayat ni, selalu akan fikir kalau dapat soalan macam ni, whats gonna be my answer?
"Sila susun priority anda dlm hidup ni. Options:- Allah, Family, Study, Kawan, Duit, Masa lapang"
So, whats your answer gonna be like?
" 1. Allah SWT
2. Family"
or
"1. Family
2. Allah SWT"
Arghhhh. Susah okayyh nak jwb soalan ni!
As much as you wanna deceived yourself, Allah SWT lebih tahu ape yang ada dlm hati kite kan? Kita bole kata kita utamakan Allah SWT 100%. Tapi, mungkin sahaja perlakuan kita menunjukkan sebaliknya. Siapa kita untuk berpura-pura dia hadapan-Nya? bahkan, Dia sendiri lebih kenal diri kita melebihi kita kenal diri kita sendiri. Akhirnya, I've come into one solution. Allah SWT tahu setiap mujahadah kita. Jadi, banyakkan berdoa supaya Allah bimbing hati ni agar setiap perlakuan dan tindak-tanduk kita tu adalah utk mendapatkan keredhaanNya. Kadang2, keadaan akan memerlukan kita untuk memilih antara dua:- Dakwah & Hak bersama family. Pada waktu tu, saya berharap dan berdoa semoga Allah gerakkan hati ni untuk memilih mana2 jalan yang terbaik, in shaa Allah.
![]() |
| The view from Wellington-Dunedin. SubhanAllah! (the best place to think. hehehe) |
Till then, adios! Assalamualaikum :)
Thursday, 26 March 2015
Assalamualaikum :)
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, utk seribu satu nikmat yang Allah tak pernah lupa utk hadiahkan. Walaupun lebih seringkali mengeluh dengan 1/100000 nikmat Allah yang mungkin belum menjadi milik kita lagi dan ternanti2 bilakah masanya akan dapat itu dan ini. Astaghfirullah. Benar, Melayu mudah lupa. (eh? ) haha. Rewind. Benar, manusia tu jarang sekali bersyukur. Mungkin sebab itulah antara saranan terbesar utk seseorang muslim tu beriman kepada Allah SWT adalah dengan mensyukuri nikmat nya. Disebabkan ke'rare'an hal yang satu ni lah, Allah sangat menghargai orang2 yang bersyukur padanya, bahkan dijanjikan lagi nikmat yang lebih banyak. SubhanAllah :)
This week was a roller coaster ride. Really. There's ups and downs.
1) Memang betul kata orang, Allah memang akan uji hamba2nya atas sebab apa dia memilih jalan dakwah ni. Kenapa? Sebab, jalan ni reward dia BESAR, subhanAllah! Makanya, takkanlah ujian utk orang2 ni ciput2 di celah gigi je? Of course tidak! haha. Banyak lah perkara yang berlaku dan menggetarkan hati atau bahasa mudahnya, rasa tak best kut ehh? tapi, bila difikirkan balik, kenapa mudah sangat rasa mcm tu? sebab, kita tend to lihat pada natijah atau hasil sesuatu perkara, dan bukan nye usaha. padahal, cara Allah view satu perkara tu the other way around. Dia lihat usaha kita dan bukan nye hasil. Tapi, manusia being manusia, selalu terperangkap dalam hal yang satu ni. When things doesn't go the way we planned, we tend to think "oohh, habislahhhhh!" Walhal yang menentukan segala sesuatu yang terjadi tu bukan manusia tu sndiri. ohh, well. I'm sorry if you guys found this to be very vague. haha :P tapi nak katanya, I, myself should never give up. Anddd, I should always acquire kaca mata Islam tu utk lihat semua perkara tu indah. errr. okay, cam exaggerate je guna perkataan indah. haha. At least tak lupa utk berdoa dan berusaha utk lihat segala apa yang berlaku tu sebagai satu perkara yang baik2 je, in shaa Allah.
2) I'm not sure whether this is interesting or not. haha. but, ohh well, i'l just share it anyway. muahahaha :P *evil laugh* I just knew recently, about the amount of electric bill that we need to pay. I was really shocked when i know it is waaaaaay less than what I expected, subhanAllah! at that moment, the only thing that popped up into my mind was the word BARAKAH. which means, u do little, but, u get more. Seriously, to make it more dramatic, I was dumbfounded (hahh, ambik ngko) because what happened is like a real-life example that I experienced it myself. Kenapa? sebab, kitorg gune electric banyak je wehhhhh. Masak tu masak ni. kadang2 bukak heat pump. Internet tak penah off. hahaha. and soo on. tapi, bila dapat tahu bil lektrik tu cam "ehhh, biar betik?" hahahaha :P Takkk. bukan lahh nak kata byk sgt charity yang kitorg buat (luls), tapi, bila kite bersemangat dalam memberi tu, Allah memang akan lihat. Dia tak pernah miss tgok amalan2 kita. Dan, Dia akan reward appropriately, in shaa Allah. Alhamdulillah, tahun ni berkesempatan utk duduk dekat RI. Lain lahh perasaan dia tuu bila duk Furqan ni. Haaaa, kan dahhh. tu main point dia sebenarnya..kikiki :P Konsepnya, adalah sharing and caring (luls). We shared a lot of things. Jadinya, dia sangat memupuk rasa utk memberi dan menerima dgn hati terbuka. Semoga Allah terus memberi rasa ni sehingga ke akhirnya iAllah, ameen :)
till then people! adios and assalamualaikum :)
xoxo,
anonymous.

Sunday, 22 March 2015
New Resolution :)
Assalamualaikum :)
In shaa Allah, saya berazam utk lebih byk menulis di sini lepas ni. Sebenarnya, i have a looooot of things to write. But sadly, it only stays in my head. Kalau lah ade orang bole cipta machine yang tulis sume bende yang kite fikir kan senang. haihhh. (nampak benor malasnyee tu :3) hahahaha :P
Doakan patik semoga istiqamah dengan aim yang satu ni. Alhamdulillah, kalau dapat memotivasikan sesiapa yang membaca. Paling kurang pun, mudah2an boleh menjadi pembakar semangat diri ini sendiri jika sekiranya Allah takdirkan utk kaki merasa berat untuk melangkah, Na'udzubillah min zalik.
Jumpa lagi In shaa Allah :)
salam.

Tuesday, 10 March 2015
Pelik
Salam semua.
Pernah tak korang rasa yang korang tak betul2 berada di satu2 tempat tu dan buat satu2 perkara tu. As if, sume bende yg berlaku tu di luar kesedaran korang. Dan, korang memang tak wholeheartedly buat benda tu pun. Sedar2 je, semua perkara tu dah pun berlaku. seolah-olah macam dia pass by depan mata korang macam tu je.
Deep sangat eh?
haha.
well, frankly speaking. Itulah yang aku dok rasa sekarang ni. Kenapa tah.
rasa kosong. (to put it in simpler words). Its kinda weird. As if you are searching for something. Yet, you dont know what it is.
Allah. ampunkan aku.
Kembalikan aku ke alam realiti.

Wednesday, 6 August 2014
Solusi :)
Alhamdulillah. Esok akan bercuti sehari. Peluang yang sangat jarang diperoleh. Tambah-tambah dengan workload yang menuntut perhatian. Jadi, di kelapangan ni terpanggil untuk menaip di sini.
Baru-baru ini, berkesempatan untuk membaca buku 'Sayonara Jahiliyyah' hasil tulisan Dr. Aisyah Zainordin atau lebih dikenali dengan nama Muharikah. Me reading a book is something rare. Seriously. I only read books when I have to (ie: exams). Otherwise, I'd rather read novel or do other stuff. Tambah2 baca buku fikrah. I think I deserve a pat on my back. LOL. *nampak sgt teruknye malas nak baca buku*
Anyway and anyhow, I managed to finish the book. and, Alhamdulillah I think I found the answer to my questions.
You see. I should consider myself as a straight person. Not as in gay type of thing (duh). I always typified everything. This is right. That is wrong. Sume bnde atau perkara kene ikut satu template yg sama. Senang cerita, I want everyone in my surrounding do things like the way I want. Cara lain mungkin tak akan mendapat approval yang sama.
Dan, bila datang soal ibadah perkara ni jadi lebih complicated. seriously. question like whats the best ibadah I should do. where. why..you know that kind of thing. coz, I always plan things. so yeah.. Ramadhan yang lepas kinda make me think of this type of question.
then, I came across this ayat:

Al-Fudhail bin Iyadh ketika menerangkan firman Allah S.W.T (yang bermaksud): "...Untuk menguji kamu, siapakah di antara kam yang lebih baik amalannya," (Surah al-Mulk:2) berkata: "Yang paling ikhlas dan yang paling betul amalannya." Dia terus menerangkan, "Amalan sekiranya dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak betul, ia tidak diterima. (Begitu juga) sekiranya ia betul tetapi tidak dilakukan dengan ikhlas, ia juga tidak diterima, sehinggalah amalan itu dilakukan dengan ikhlas dan betul. Maksud amalan yang dilakukan dengan ikhlas ialah yang dilakukan kerana Allah dan amalan yang betul ialah yang dilakukan mengikut sunnah,"
"Oleh itu sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya,"
(Surah al-Kahfi: 110)
SubhanAllah. Sebaik-baik penerangan. Sebaik-baik pencerahan. Kebanyakan dari kita, in shaa Allah betul amalannya. Sejak kecil kita belajar ilmu feqah. Rukun solat. Rukun puasa. Apatah lagi ibadat-ibadat sunat. Namun, kita seringkali terlupa, untuk mempersembahkan ibadah yang terbaik harus didatangi dengan rasa ikhlas tu sendiri.
Ikhlas untuk beribadah hanya kepadaNya.
Disebabkan ikhlas itu antara kita dengan sang pencipta, tak wajarlah untuk kita buat sesuatu kerana ikut-ikutan. Kerana semua orang buat, maka kita pun buat. Kerana, akhirnya kita hanya akan mendapat penat. Sebab, manusia memang tak kan mampu menilai keikhlasan manusia yang lain. Hanya Allah yang tahu dan hanya Dia sebaik-baik penilai.
hmm..rasa ayat cam bunga2 sangat pun ade. hehe.
Nak katanya, tak perlu risau atau khuwatir dengan segala ibadah yang kita lakukan. sama ada sedikit mahupun banyak. sama ada cara yang begini atau cara begitu. As long as kita tahu apa yang kita lakukan berlandaskan Al-Quran dan sunnah dan disertakan dengan keikhlasan, bergembiralah! Sebab, In shaa Allah, itu lahh sebaik2 ibadah.
Wallahu'alam.
Salam.
Subscribe to:
Comments (Atom)