Assalamualaikum dunia.
Dah lama sangat dah tak tulis blog. Sekarang ni tak tahu kenapa i feel like writing. To express everything that I had in mind lah kut. Mintak maaf kalau perkara yang nak dibincangkan agak sensitif untuk sesetengah pihak. Hence, the title of my blogpost "2 sen". (cuz, you know how people like to put #justmy2cents kinda thing LOLS)
I've been thinking about this quite some time actually. Due to this, I realised that I read a lot than normal. I could say from various sources as well. Articles that people share on facebook, yeah, I read them a lot. If not all, most of them. Jadi, saya cuba untuk meletakkan perkara ini dari sudut pandang yang pelbagai dan berusaha untuk mudah-mudahan dengan izin Allah SWT, tidak meletakkan sebarang kepentingan peribadi.
Ceritanya begini. Umum menyaksikan bagaimana negara kita, Malaysia dilanda dengan pelbagai isu yang terus menerus. Kebanyakannya adalah episod duka yang harus saya akui sebagai seorang pelajar luar negara sangat menggusarkan kerana kami tidak berada di tempat kejadian dan mungkin mendapat maklumat yang terlalu ekstrim saya kira. Sebagai contoh, beberapa minggu yang lepas negara digemparkan dengan beberapa siri berita seperti penggantian kabinet baru menteri, kebakaran di Ibu pejabat polis PDRM dan tidak lupa juga dengan isu anak-anak muda sekarang yang semakin giat berjinak dengan gejala menghisap 'vape' seolah-olah mereka lah orang paling cool di dunia (btw, benda tu serius tak cool). Disebabkan rasa risau yang melampau, saya pun menyuarakan isi hati saya kepada kakak saya yang berada di Malaysia,
"Kak, kamu tak risau ke dengan ape yang jadi sekarang ni? Rasa risau laah dengan keadaan Malaysia sekarang,"
"Risau? Kenapa nak risau pulak? Okay je lah kin. Kitorang yang duduk sini tahu lah keadaannye macam mana. So far okay je. Alah takyah risau lah. Kabinet menteri ditukar ada sebabnya. Supaya semua orang ade satu dinamik yang sama, takde lah orang ni lain orang itu lain,"
Demikianlah perbincangannya. Mohon maaf mensuci hening dosa kalau perbualan di atas ada tokok tambahnya atau mungkin lain/exaggerate dari yang sebenar. Tapi, the gist is there.
Perbualan tersebut membuatkan saya berfikir;
- Adakah media di Malaysia yang membuatkan segalanya nampak biasa?
- Atau, saya yang terlalu banyak berfikir akibat daripada mendapat berita yang ekstrim dari internet semata-mata. Wallahu'alam. Moga Allah SWT ampunkan dosa-dosa saya.
Kemudian, timbul pula isu 'clean' beberapa hari yang lepas. Sebagai seorang da'ie, murabbi saya pernah menekankan peri pentingnya untuk mengkaji dahulu perihal sesuatu perkara. Hatta, bahan yang kami pelajari di dalam usrah sekalipun. Walau bagaimana 'detail' sekali pun hadis atau tafsir yang diajarkan kepada kami, murabbi saya akan menggalakkan kami untuk mencari sendiri bahan yang diberi. Baca dan fahami sendiri. Sikap ini sangat penting untuk mengelakkan kami daripada menjadi sepertimana peribahasa melayu dahulu pernah gambarkan "Ibarat lembu dicucuk hidung". Sikap terima sahaja tidak sepatutnya berada dalam diri kita. Bahkan lebih teruk lagi, jika kita hanya menerima sesuatu fakta kerana ianya selari dengan kehendak kita mahupun organisasi. Perkara ini tidak mudah. Tapi, kita mampu. Kerana, apa yang perlu dilakukan adalah, "Jujur dengan diri sendiri, tepuk dada tanya iman. Adakah kita berbohong dengan diri sendiri?". Tidak ada orang lain yang lebih layak menilai 'qalb' kita melainkan Allah SWT dan diri kita sendiri. Selagi ianya selari dengan kehendak Al-Quran dan sunnah, Alhamdulillah. Namun, jika sebaliknya, Astaghfirullah, bersihkan hati-hati kami dari dosa ya Allah.
Berbalik kepada isu 'clean' tadi. Sekali lagi, saya mohon maaf sekiranya perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak. Hakikatnya, saya menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Kerana ini lah caranya, saya mencari rasional diri dan pemikiran.
Hasil dari bacaan saya yang bersumberkan pelbagai agensi berita, portal, pertubuhan-pertubuhan Islam mahupun pandangan peribadi pelbagai ulamak dan tokoh, harus saya akui, bermacam-macam perasaan muncul dalam diri berikutan daripada demonstrasi 'clean' yang dijalankan beberapa hari yang lepas. Jujur saya katakan, saya jugak tidak pasti tentang keberkesanannya. Soalan-soalan seperti wajarkah ia? Adakah ia selari dengan Al-quran dan sunnah? Apakah agenda sebenar musuh-musuh Islam? Dan, adakah ianya benar-benar akan berlaku? Soalan-soalan ini sangat melemaskan. Tiada jawapan yang pasti kerana setiap pihak pastinya akan merasakan bahawa "Kami lah yang benar!". Disebabkan oleh perasaan ini, ia membawa saya untuk menyuarakan isi hati saya kepada seorang akhawat yang sudah pun kembali ke Malaysia. Kami berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Namun, hakikatnya, tiada jawapan kepada permasalahan ini. Sebaliknya, hanya Allah SWT yang Maha mengetahui.
Sebaliknya, hanya Allah SWT yang Maha mengetahui.
Sebaliknya, hanya Allah SWT yang Maha mengetahui.
Bersandarkan kepada pegangan ini, saya jadi pelik dan runsing bagaimana sesetengah pihak boleh dengan mudahnya menghakimi serta melabel orang lain dengan bermacam2 tuduhan. Kita tidak suka disalah tafsir, maka mengapa menyalahtafsirkan orang lain? Nitizen (ie: keyboard warrior) dengan mudahnya mengatakan itu dan ini (letakkan sendiri label2 negatif yang anda boleh tolerate) terhadap orang lain seolah2 mereka mengenal orang yang dilabel sejak kecil, makan sepinggan dan tidur sebantal. Hatta dengan adik-beradik sekalipun, kita sukar menebak apa isi hati mereka. Maka, mengapa dengan mudahnya kita melabel orang yang 'lain' dengan kita. Benar, sekiranya sudah jelas, terang lagi bersuluh orang tersebut melakukan kebatilan, mengapa masih perlu berselindung. Betul, tiada yang salah. Hak tetap hak. Batil tetap batil. Tetapi, mengapa perlu sampai melabel? Bukankah lebih cantik kalau kita menegur mereka dengan sebaik2 cara dan bimbing mereka ke jalan yang benar? Dan, bukankah tugas2 menghukum itu hanyalah hak mutlak Allah SWT? Allah. ampunkan aku sekiranya tulisan ini terbawa-bawa dengan emosi.
'Clean' juga telah menimbulkan pelbagai teori sama ada positif mahupun negatif. Di sini, saya ingin menolak sekeras-kerasnya tindakan pihak demonstrasi yang memperjuangkan seksualiti merdeka dan mengibarkan bendera pelangi. Tidak sewajarnya, hak-hak mereka ini diperjuangkan. Kerana, jelas sekali ianya bertentangan dengan hukum Allah SWT.
Melihat dari satu sudut yang lain pula, 'clean' juga telah menyaksikan bagaimana orang-orang Islam dibantu dalam beberapa hal untuk memudahkan mereka menunaikan solat. Sesetengah pihak melihat ini sebagai sesuatu yang positif, tidak kurang juga yang melihat ia sebagai sesuatu yang negatif. Sekali lagi, saya ingin mengajak anda semua untuk kita teliti isu ini dengan seadilnya, dan dengan berpijak di bumi nyata. Hasil bacaan saya dari sebuah laman rasmi majalah Islam di malaysia, 'clean' ini mendapat dana dari kerajaan AS supaya mereka boleh bertapak di negara kita sedikit demi sedikit. Dari pandangan seorang rakyat marhaen, saya akui memang ada logik dan kebenarannya. Seterusnya, terbaca lagi saranan sesetengah pihak untuk rakyat Malaysia berpijak di bumi nyata dan membuka mata dengan agenda2 golongan bukan Islam bahawa mereka juga berperancangan dan berstrategi. Perkara ini juga saya akui memang wujud.
Satu hakikat yang harus kita fahami, Malaysia ini terdiri daripada pelbagai kaum. Bukan hak kita untuk menghalau mereka kembali kepada negara asal mereka. Jika benar ini yang terjadi, maka zalimlah kita. Persoalannya sekarang adakah dengan menentang kaum "ah chong" (you get what i mean) ini, dengan sekeras2 tindakan akan megembalikan keharmonian Malaysia atau lebih penting lagi kegemilangan Islam ke tanah air kita sendiri? Setiap da'ie mengimpikan Ustaziatul alam. Dan, ianya bermula dengan inidividu muslim, baitul muslim, seterusnya masyarakat dan kerajaan muslim. Sekiranya, kebencian kaum "ah chong" terhadap orang Islam di Malaysia telah wujud disebabkan oleh tindakan kita, maka bagaimana Kerajaan Muslim itu mampu tertegak? Bagaimana dengan cita-cita kita untuk mencapai Ustaziatul alam? Bagaimana kita hendak menyebarkan Islam sebagai rahmatan lil alamin (rahmat buat seluruh alam) jika dari awal lagi kita menekan serta menolak mereka? Bukankan dakwah itu seni? Dan, ianya disebarkan dengan kasih sayang?
Mereka-mereka ini tidak diberi kefaham lagi tentang islam yang sebenar. Malangnya, lebih seringkali, kita menuntut hak daripada orang yang tidak diberi kefahaman. Kita 'assume' mereka faham apakah itu Islam setelah berjiran hampir lebih dari 58 tahun, usia tanah air kita merdeka. Bagaimana sekiranya saya katakan masih ada di antara mereka yang tidak pernah melihat betapa tenangnya apabila seorang muslim itu mengerjakan solat? Bagaimana sekiranya saya katakan mereka hanya melihat sisi buruk sahaja tentang agama yang kita cintai ini? Bahawa ianya, menyusahkan dan hanya menjadikan kita berfikiran kolot?
Berdasarkan apa yang saya pelajari daripada Usul 20, susunan Imam Hassan Al-Banna tentang cara-cara memahami Islam yang sebenar, setiap hukum Allah SWT itu hukumnya wajib untuk ditegakkan. Jadi, di sini, saya tegaskan bahawa hukum hudud itu wajib untuk dilaksanakan di Malaysia. Walau bagaimanapun, sejauh mana hukum itu akan tertegak jikalau rakyat sendiri tidak nampak lagi indahnya Islam itu? Bahwa Islam itu agama yang melindungi? Disebabkan oleh kebencian kita kepada mereka, bagaimana mungkin mereka mampu untuk menerima bahkan mematuhi hukum Allah yang harus kita implemenkan?
Allah.
Ampunkan hambamu ini ya Allah. Sekiranya tulisan ini berbaur perasaan-perasaan negatif yang dipandu dengan nafsu amarah sendiri. Semoga Allah SWT pandu hati kita dengan sebaik-baik petunjuk serta hidayah agar jannah lah tempat tinggal kita di akhirat kelak.
Akhir kata, #justmy2cents.
xoxo,
Anonymous.
Wauu kin. Saya bersetuju..kita mmpunyai kegusaran dan pendapat yang sama.
ReplyDelete*mantap sgt bahasa melayu awak, teringat karangan awk yg salu mndapat pujian disekolah.hehehe*