assalamualaikum wbt:)
tadi, terdetik di hati saya, betapa saya sangat teringin nak jadi manusia super saiya. (credit: kepada encik gabbana sebab memperkenalkan perkataan se-awesome ini)
yes. super saiya.
nope. bukan superman, batman mahupun kluang man. jangan salah anggap.
super saiya di sini adalah seorang manusia yang saya definisikan sebagai meyakini Allah SWT dan hanya kepadaNya tempat bergantung harap dan menyerah diri. Hasil daripada prinsip teguh seperti inilah, manusia yang hebat dari segi peribadi mahupun ibadahnya dapat dilahirkan. Benar. Mungkin berbunyi agak 'cliche' dan seperti karangan Bahasa Melayu SPM. Tapi, inilah hakikatnya.
Saya mahu menjadi seperti itu.
Saya rindu untuk menjadi seperti itu.
yang mana,
apabila seribu dugaan datang melanda, dia hanya akan berkata "Cukuplah Allah bagiku"
apabila kejayaan serta berita gembira menjadi miliknya, dia hanya akan berkata "Cukuplah Allah bagiku"
apabila dia dicampak di pulau tak berpenghuni yang paling jauh di pelusuk dunia, dia hanya akan berkata "Cukuplah Allah bagiku"
Maksudnya di sini, betapa dia benar-benar yakin dengan segala takdir, ketentuan dan pertolongan yang bakal diperolehinya kelak. Kerana, bukankah Allah telah befirman di dalam Al-Quran, setiap kesusahan itu ada kemudahan. Jadi, tugas kita sebagai khalifah adalah terus bergantung padaNya dan pada masa yang sama, memperhebatkan diri serta ibadah khas semata-mata untuk Allah. Secara automatik, kejayaan dunia pasti akan menjadi milik kita, in shaa Allah:)
akhir kata, pemilik jari yang menaip ini perlu lebih dulu mengamalkan apa yang diperkatakan. Mudah-mudahan bermanfaat dan akan dipermudahkan urusan ini di jalanNya. In shaa Allah:)

:) sobs.nak jugak.jom naik kapal ke syurga sama-sama kin!
ReplyDelete