assalamualaikum!
ya. post yang agak mengejut. cuma ditujukan untuk diri sendiri supaya menyambung semula misi yang mungkin akan tertangguh untuk beberapa bulan lamanya. in shaa Allah:)
antara ciri-ciri yang dikehendaki bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Badan Berkanun Tom Yam Sedunia (eheh?) adalah :-
1. Tom yang tersebut hendaklah pekat dan tidak terlalu jernih.
2. Mempunyai segala jenis tok nenek bahan yang boleh diterima akal dan mampu menyedapkan lagi tom yam tersebut. Penting juga untuk tukang masak memastikan kesegaran bahan-bahan yang dimasukkan.
3.Datang dalam pakej. Maksudnya di sini, nasi yang datang bersama tom yam itu hendaklah jenis yang boleh meresap kuah tom yam tersebut dengan sebaik-baiknya. Bukan hanya bertakung semata-mata.
Itu sahaja.
Je?
iyo! yang 'je' tu lahh yang susah nak carik. haiyakk. kadang2 tom yam dah ok. tapi, part no. 3, terus disqualified! muahahahah :D *gelak evil*
Kepada tukang-tukang masak di luar sana yang bakal terjumpa post ni. saya harap anda dapat memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
kalau boleh nak yang macam ni.
haaaa. mampu? udang bapak besar gila gaban tahap dewa dah ni.
*menangis*

No comments:
Post a Comment